SRS

SRS

Jumaat, 6 Januari 2012

1st Term 2012

Inilah suasana perubahan terhadap murid-murid SR Selangan bagi tahun 2012.

Semuanya berpakaian serba baru dan diharapkan agar murid-murid lebih cemerlang lagi sama ada di dalam akademik mahu pun eca. Tapi yang amat menyedihkan lagi 2 orang guru telah berpindah ke sekolah lain. Iaitu Cikgu Layun bertukar ke SR Piasau-Piasau, Cikgu Emelda ke SR Pangkalan Batu dan Ustaz Hj Bahrin pun bertukar ke SU Piasau-Piasau. Kami warga SR Selangan berharap agar abiskcigu yang telah berpindah akan dapat lebih maju lagi demi anak bangsa didik anak Brunei.

Manakala kami pun sangat beruntung kerana menerima 2 orang guru baru, iaitu Cikgu Kesumayati dari SR Batu Apoi dan Ustaz Haji Asman dari SR Sultan Hassan


Ini adalah wajah baru murid-murid pra bagi tahun ini, semuanya bersemangat dan ceria. Kecuali 2 orang murid sahaja yang masih menangis, tetapi boleh di kawal. Pelbagai gelagat yang telah mereka tunjukkan dihari pertama sekolah. Ada yang mahu tidur, makan, minum, menonton tv dan sebagainya. Tetapi syukur alhamdulillah semuanya dapat ditangani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan