SRS

SRS

Ahad, 15 Mei 2011

Peraduan Mari Bercerita

Inilah gaya dan lagak Adik Norhidayatul Fitri penuh penghayatan dan emosi ketika menyampaikan cerita sehingga mampu menambat hati barisan hakim untuk memberikannya markah 72% bagi merangkul naib juara.



Pada 10.05.2011 Dayang Norhidayatul Fitri Mohami telah menjadi naib juara bagi Peraduan Mari Bercerita anjuran Dewan Bahasa telah mendapat 72% dan beliau telah mengalahkan Awg Tajjul Hakim @Muhd Akmal Hj Masri dari SR Paduka Seri Begawag ultan Omar Ali Sifuddien Kuala Belait dengan mendapat 70% dan juara Dayang Hidayah Tul FitriHj Masri dengan markah 77%.
Seramai 10 peserta berusia 9-12 tahun dari keempat-empat daearah terdri daripada tiga peserta tebaik Daerah Brunei dn Muara, tiga peserta terbaik Daerah Kuala Belait, tiga peserta terbaik Daerah Temburong dan Juara Daerah Tutong.
Tahun ini adalah tahun ketiga Peraduan Mari Bercerita itu menggunakan format baru, dengan setiap peserta diberi masa 15 minit untuk meniliti rangkaian gambar tanpa teks yang diberikan kepaa mereka sebelum peraduan dimulakan, dan pada masa yang sama membentuk atau merangka jalan cerita yan hendak disampaikan.
Adik Norhidayatul Fitri Mohami sebagai naib juara telah mengharumkan lagi nama SR Selangan dan beliau telah mendapatkan wang tunai $400, sijil penghargaan dan hadiah sampingan. Guru-guru SR Selangan ingin mengucapkan TAHNIAH kepada beliau dan diharapkan tahun hadapan sekolah ini dapat melahirkan anak murid yang lebih cerdik lagi.

Isnin, 9 Mei 2011

Koir Anti Rasuah


Petandingan peringkat awal Koir Anti Rasuah dengan membawa lagu JUJUR telah berjalan dengan lancar pada 09hb Mei 2011 bertempat di Bilik Persidangan Biro Mencegah Rasuah (BMR)