SRS

SRS

Sabtu, 23 April 2011

Taklimat dan pameran daripada Pegawai-Pegawai Polis Di Raja Brunei Cawangan Daerah Temburong



Taklimat dan pameran daripada Pegawai-Pegawai Polis Di Raja Brunei Cawangan Daerah Temburong telah diadakan pada 23.4.2011 (Sabtu)\

Pegawai-pegawai polis telah memberikan taklimat yang sangt-sangat baik dan dapat memberi pengajaran dan menambahkan lagi ilmu pengetahuan murid-murid. Bukan sahaja taklimat yang diberian malah pegawai-pegawai polis turut mempamerkan beberapa bahan seperti benda-benda yang 'confidential' serta kenderaan-kenderaan seperti motorsikal dan kereta.








Sesi soaljawab

Perlawanan Netball peringkat separuh akhir dan akhir

SR. Selangan telah menjadi naib juara bagi perlawanan bola jaring sekolah-sekolah rendah daerah Temburong. Perlawanan ini telah berlangsung pada 12.4.2011 (Khamis) bertempat balapan Kokurikulum Daerah Temburong.

Keceriaan terserlah pada wajah murid-murid kerana penat lelah mereka berlatih setiap hari telah membuahkan hasil. TAHANIAH diucapakan.

Guru-guru yang melatih murid-murid sehingga mereka berjaya.








Di antar penyokong-penyokong yang turut turun untuk menyokong rakan-rakan mereka.


Perlawanan akhir di antara SR Selangan vs SR Sultan Hashim Batu Apoi.

Permainan yang sengit ini telah memihak kepada SR Sultan Hashim Batu APoi.




Guru besar SR Selangan dan SR Sultan Hashim Batu Apoi turut memberi sokongan moral kepada murid-murid.




Perlawanan antara SR Selangan dengan SR Puni telah memihak kepada SR Selangan dengan 4 - 1. Dengan perlawanan ini telah memberi ruang kepada murid-murid SR Selangan ke peringkat Akhir. Tahniah diucapkan lagi kerana telah berjaya ke peringkat akhir.





Pembahagian lencana

Pembahagian lencana sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-27 tahun telah diagihkan kepada murid-murid dan guru-guru serta kakitangan SR.Selangan pada pagi Khamis 21.04.2011 yang telah disampaikan oleh Cikgu Rosli bin Haji Abd Rahman (Guru Besar) dan Cikgu Masnah Galawat (Guru Kanan 1).



Bengkel Tulisan Jawi Anjuran Kluster 3'S' Bersatu

Bengkel tulisan jawi anjuran kluster 3's' bersatu adalah anjuran daripada gabungan 3 buah sekolah iaitu SR. Selangan, SR. Sultan Hashim Batu Apoi dan SR. Selapon, Temburong.

Bengkel ini adalah untuk mengwujudkan semula ajaran tulisan jawi di dalam pengajaran Bahasa Melayu dan untuk meningkatkan lagi cara-cara tulisan yang betul.

Bengkel ini dapat memberi pengajaran yang baru dan pengalaman kepada guru-guru mengenai tulisan jawi dan mengetahui cara yang betul untuk menulisnya.


Antara guru-guru yang hadir pada petang ini.






Staff Development




Staff Development telah diadakan pada 19.04.2011 (Selasa) bertempat di Bilik Persidangan SR. Selanga, Temburong bagi meningkatkan lagi kemahiran Fonetik kepada semua ibubapa/penjaga serta penjaga prasekolah dan guru-guru. Pengajaran Fonetik didedahkan adalah agar ibubapa/penjaga dan guru-guru peka dan mengambil berat akan mutu bacaan anak-anak murid prasekolah.


Majlis Perpisahan Cikgu Felix

Majlis perpisahan Cikgu Felix telah diadakan pada 19hb. April 2011M

Diucapkan kepada Cikg Felix moga lebih maju lagi.




Isnin, 18 April 2011

Perlawanan Netball

Perlawanan Bola Jaring bagi Sekolah-Sekolah Rendah bagi Daerah Temburong telah diadakan pada 18.04.2011
Perlawanan pada hari ini berjalan dengan baik di mana pasukan SR Selangan telah memenangi dua perlawanan iaitu di antara SR Kenua 5-0 dan SR Piasau-Piasau 7 -0. TAHNIAH di ucapkan.

Perlawanan ini akan dilangsungkan lagi pada 19.04.2011 dan diharapkan pasukan Selangan akan menang lagi.

Guru Besar turut turun padang untuk memberikan semangat kepada murid-murid SR Selangan.

Inilah wajah-wajah pasukan SR Selangan Temburong 2011M