SRS

SRS

Rabu, 23 Jun 2010

Penyerahan derma

Penyerahan derma kepada salah seorang kakitangan sekolah ini di atas pemergian ayahanda tercinta pada musim cuti penggal sekolah yang lalu, telah disampaikan oleh Guru Besar Sekolah Rendah Selangan ikhlas daripada warga sekolah dan kami mendoakan agar rohnya dicucur rahmat dan ditempatkan orang-orang yang beriman amin.
Al-fatihah

Sabtu, 12 Jun 2010

Hari Terakhir Persekolahan bagi penggal ke-2


Perlawanan futsal telah dijalankan diantara murid-murid dengan guru-guru SR Selangan dan aktiviti ini berjalan dengan lancar. Selain daripada aktiviti futsal senam aerobik telah dijalankan pada awal pagi iaitu dalam jam 8 pagi dan seterusnya pertandingan mewarna bagi rendah bawah dan melukis bagi rendah atas.
Senam Aerobik

Jumaat, 4 Jun 2010

Koir Anti Dadah

Pertandingan Anti Dadah telah pun berlangsung pada 02hb Jun 2010 bertempat di Sekolah Yayasan Hassanal Bolkiah. Seramai 20 orang murid telah mengikuti pertandingan tersebut.

Taklimat kepada ibu bapa / penjaga murid & menandatangani rekod kemajuan

Taklimat bagi ibu bapa / penjaga murid telah pun berlangsung pada 02hb Jun 2010, bertempat di dewan SR Selangan Temburong dan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada ibu bapa / penjaga murid kerana sudi hadir pada pagi tersebut.