SRS

SRS

Khamis, 7 April 2011

Penyampaian Hadiah kepada murid terbaik dalam program "MURNI"




Penyampaian hadiah terbaik kepada murid-murid terbaik di dalam peraduan tulisan cantik, Program "MURNI" dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris telah diadakan pada 07.04.011 (Khamis) bertempat di dewan SR Selangan Temburong.

Objektif penyampaian hadiah ini adalah untuk menggalakkan murid-murid supaya lebih gigih dan minat membaca, tidak kira apa jua bahan bacaannya. Serta untuk meningkatkan lagi tahap penulisan mereka supaya lebih cantik dan kemas.

Aktiviti Tulisn Cantik

Peraduan Tulisan Cantik telah dilaksanakan pada 02.04.2011 (Sabtu)

Murid-murid yang terlibat adalah dari Tahun 1 hingga Tahun 6

Murid-murid diberikan teks dan mereka diarahkn untuk menulis di tempat yang disediakan dan tulisan mereka dinilai oleh guru kelas masing-masing.

Objektif diadakan peraduan ini adalah untuk memantapkan lagi cara penulisan kanak-kanak dengan cara yang betul dan kemas serta cantik.

Aktivity Kaunseling



Selasa, 8 Mac 2011

Perlawanan Bola Sepak

Perlawanan antara SR Selangan vs SR Sultan Hassan Bangar Temburong
telah dilaksanakan pada 8hb Mac 2011 di padang Mini Stadium SR Sultan Hassan Banagr Temburong. Perlawanan ini telah dimenangi oleh SR Sultaan Hassan Bangar dengan jaringan 2 - 1. Walaupun kemenangan tidak menyebelahi pasukan SR Selangan, tetapi semangat pasukan di dalam perlawanan ini nampak ketara di wajah murid-murid SR Selangan dan para penyokong telah hadir untuk menyokong SR Selangan. Antara yang hadir adalah terdiri daripada guru-guru serta kakitangan, ibubpa/penjaga murid datang semata-mata untuk menyorak kepada murid-murid. Diucapkan tahniah kepada murid-murid walaupun tidak berjaya.... Cuba lagi pada tahun hadapan.

Merdeka Merdeka

Isnin, 14 Februari 2011

Sambutan Maulud Nabi

Inilah wajah sebilangan guru yang dijumpai sahaja pada pagi hari Selasa.
Nampak keriangan diwajah guru-guru, dapat mengikuti di dalam perjalanan jalan kaki bagi sambutan Maulud Nabi Muhammad s.a.w bagi Daerah Temburong.

Aktiviti Akademik untuk Ibubapa/penjaga MURNI Sekolah Rendah Selangan Temburong