SRS

SRS

Rabu, 23 Jun 2010

Penyerahan derma

Penyerahan derma kepada salah seorang kakitangan sekolah ini di atas pemergian ayahanda tercinta pada musim cuti penggal sekolah yang lalu, telah disampaikan oleh Guru Besar Sekolah Rendah Selangan ikhlas daripada warga sekolah dan kami mendoakan agar rohnya dicucur rahmat dan ditempatkan orang-orang yang beriman amin.
Al-fatihah

Sabtu, 12 Jun 2010

Hari Terakhir Persekolahan bagi penggal ke-2


Perlawanan futsal telah dijalankan diantara murid-murid dengan guru-guru SR Selangan dan aktiviti ini berjalan dengan lancar. Selain daripada aktiviti futsal senam aerobik telah dijalankan pada awal pagi iaitu dalam jam 8 pagi dan seterusnya pertandingan mewarna bagi rendah bawah dan melukis bagi rendah atas.
Senam Aerobik

Jumaat, 4 Jun 2010

Koir Anti Dadah

Pertandingan Anti Dadah telah pun berlangsung pada 02hb Jun 2010 bertempat di Sekolah Yayasan Hassanal Bolkiah. Seramai 20 orang murid telah mengikuti pertandingan tersebut.

Taklimat kepada ibu bapa / penjaga murid & menandatangani rekod kemajuan

Taklimat bagi ibu bapa / penjaga murid telah pun berlangsung pada 02hb Jun 2010, bertempat di dewan SR Selangan Temburong dan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada ibu bapa / penjaga murid kerana sudi hadir pada pagi tersebut.

Isnin, 10 Mei 2010

Perlawanan Bola Sepak

Perlawanan bola sepak pada 05.05.2010 (Rabu) bertempat di Stadium Sukan Batu Apoi Temburong di antara SR Selangan VS SR Labu Estate yang mana telah dimenangi oleh SR Labu Estate dengan 0-2.
Antara wajah murid-murid selepas 2nd half.
Turut menyokong semasa perlawanan ini ialah Guru Besar SR Selangan untuk memberi semangat kepada murid-murid serta memberi sedikit nasihat kepada para pemain.

Rabu, 5 Mei 2010

Perlawanan persahabatan bola sepak SR Selangan VS SR Amo

Perlawanan persahabatan di antara SR Selangan VS SR Amo pada pagi 01.05.2010 (Sabtu) bertempat di padang SR Selangan Temburong adalah seri dengan satu sama. Tahniah kepada murid-murid geng bola sepak. Berusaha lagi hidup SELANGAN!!!!!
Penyokong-penyokong SR Selangan :)