SRS

SRS

Rabu, 16 Mei 2012

Global Action Week

 Global Action Week telah dilaksanakan pada 28/4/2012 Hari Sabtu bertempat kawasan Sekolah Rendah Selangan Temburong. Semua murid-murid dari Pra hingga Tahun 6 digalakkan untuk mengikuti aktiviti pada pagi ini. Dimana murid-murid diarahkan untu bermain kesemu permainan yang telah disediakan oleh guru-guru. Seperti permainan tinting, guli, gatah, simban, memasukkn bola ping pong ke dalam baldi, puzzle dan cogkak. Setiap permaian akan dijaga oleh guru yang bertugas dan apabila murid selesai bermain permainan yang ada, mereka hendaklah meminta cop daripada guru bertugas untuk mencop ke atas kertas yang telah disediakan. Cikgu Zuridah menerangkan aktiviti yang akan dijalankan pada pagi ini.

Permainan gatah

Permainan simban

Permainan tinting

Permainan Puzzle

Permainan Congkak

Permainan memasukkan bola pingpong ke dalam baldi

Naib Juara Koir Gigi & Mulut

Pada14/4/2012 Sekolah Rendah Selangan telah menjadi naib juara di dalam pertandingan akhir seluruh negara anjuran bersama kementerian kesihatan dengan membawa lagu 'Nasihatku'. Dengan didikan dan asuhan daripada dua orang guru iaitu Cikgu Debbie Yanti dan Cikgu Zuridah serta kesemua guru SR. Selangan ini telah membawa hasil dan menaikkan lagi nama sekolah.
TAHNIAH sekali lagi diucapkan terutamanya kepada murid-murid kerana telah berjaya menewas sekolah-sekolah yang lain.




Jumaat, 23 Mac 2012

Koir Gigi & Mulut

Syukur alhamdulillah SR.Selangan telah berjaya memasuki peringkat akhir perlawanan koir gigi & mulut anjuran Kementerian Kesihatan pada 15.03.2012 yang lalu.

Tahniah diucapkan kepada murid-murid koir & kepada guru yang telah mendidik & mengajar murid-murid koir.


Aktiviti akhir penggal pertama persekolahan