U21s report: Palace 0 United 2
Sebulan yang lalu

Ini adalah wajah baru murid-murid pra bagi tahun ini, semuanya bersemangat dan ceria. Kecuali 2 orang murid sahaja yang masih menangis, tetapi boleh di kawal. Pelbagai gelagat yang telah mereka tunjukkan dihari pertama sekolah. Ada yang mahu tidur, makan, minum, menonton tv dan sebagainya. Tetapi syukur alhamdulillah semuanya dapat ditangani.
Syabas kepada murid-murid Tahun 6. Semoga berjaya dimasa akan datang dan menjadi anak yang berjaya dan capailah cita-cita kamu.
Era Mardena adalah salah seorang murid yang telah berjaya mendapat 5A di dalam peperiksaan PSR pada tahun ini. Tahniah diucapkan dan semoga menjadi anak yang lebih cemerlang lagi. Berkerja keras telah mendatangkan hasil yang berbaloi kepada murid ini TAHNIAH sekali lagi.