SRS

SRS

Sabtu, 23 April 2011

Bengkel Tulisan Jawi Anjuran Kluster 3'S' Bersatu

Bengkel tulisan jawi anjuran kluster 3's' bersatu adalah anjuran daripada gabungan 3 buah sekolah iaitu SR. Selangan, SR. Sultan Hashim Batu Apoi dan SR. Selapon, Temburong.

Bengkel ini adalah untuk mengwujudkan semula ajaran tulisan jawi di dalam pengajaran Bahasa Melayu dan untuk meningkatkan lagi cara-cara tulisan yang betul.

Bengkel ini dapat memberi pengajaran yang baru dan pengalaman kepada guru-guru mengenai tulisan jawi dan mengetahui cara yang betul untuk menulisnya.


Antara guru-guru yang hadir pada petang ini.






Staff Development




Staff Development telah diadakan pada 19.04.2011 (Selasa) bertempat di Bilik Persidangan SR. Selanga, Temburong bagi meningkatkan lagi kemahiran Fonetik kepada semua ibubapa/penjaga serta penjaga prasekolah dan guru-guru. Pengajaran Fonetik didedahkan adalah agar ibubapa/penjaga dan guru-guru peka dan mengambil berat akan mutu bacaan anak-anak murid prasekolah.


Majlis Perpisahan Cikgu Felix

Majlis perpisahan Cikgu Felix telah diadakan pada 19hb. April 2011M

Diucapkan kepada Cikg Felix moga lebih maju lagi.




Isnin, 18 April 2011

Perlawanan Netball

Perlawanan Bola Jaring bagi Sekolah-Sekolah Rendah bagi Daerah Temburong telah diadakan pada 18.04.2011
Perlawanan pada hari ini berjalan dengan baik di mana pasukan SR Selangan telah memenangi dua perlawanan iaitu di antara SR Kenua 5-0 dan SR Piasau-Piasau 7 -0. TAHNIAH di ucapkan.

Perlawanan ini akan dilangsungkan lagi pada 19.04.2011 dan diharapkan pasukan Selangan akan menang lagi.

Guru Besar turut turun padang untuk memberikan semangat kepada murid-murid SR Selangan.

Inilah wajah-wajah pasukan SR Selangan Temburong 2011M



Khamis, 7 April 2011

Penyampaian Hadiah kepada murid terbaik dalam program "MURNI"




Penyampaian hadiah terbaik kepada murid-murid terbaik di dalam peraduan tulisan cantik, Program "MURNI" dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris telah diadakan pada 07.04.011 (Khamis) bertempat di dewan SR Selangan Temburong.

Objektif penyampaian hadiah ini adalah untuk menggalakkan murid-murid supaya lebih gigih dan minat membaca, tidak kira apa jua bahan bacaannya. Serta untuk meningkatkan lagi tahap penulisan mereka supaya lebih cantik dan kemas.

Aktiviti Tulisn Cantik

Peraduan Tulisan Cantik telah dilaksanakan pada 02.04.2011 (Sabtu)

Murid-murid yang terlibat adalah dari Tahun 1 hingga Tahun 6

Murid-murid diberikan teks dan mereka diarahkn untuk menulis di tempat yang disediakan dan tulisan mereka dinilai oleh guru kelas masing-masing.

Objektif diadakan peraduan ini adalah untuk memantapkan lagi cara penulisan kanak-kanak dengan cara yang betul dan kemas serta cantik.

Aktivity Kaunseling