SRS

SRS

Rabu, 22 September 2010

SELAMAT HARI GURU


JASAMU DIKENANG
Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami lupakan.
Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu sud semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.
Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut hati
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.
Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.
Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di hujung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagaikan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan dikenang sepanjang zaman.

Selasa, 31 Ogos 2010

Pemeriksaan Kesihatan

Pemeriksaan kesihatan daripada wakil Klinik Kesihatan PIHM Temburong kepada semua anak murid sekolah ini. Dimana mereka memeriksa mutu kecergasan jantung, mata serta berat badan mereka.

Program Peningkatan Pencapaian Sains (PPPS)

Pada 03hb Ogos 2010 bersamaan dengan 22hb Syaaban 1431
4 orang murid daripada sekolah ini telah mendapat tempat pertama dalam Program Peningkatan Pencapaian Sains (PPPS).
Di antara murid-murid yang menyertainya ialah Dyg Syela Saverna binti Jamil, Dyg Norqamarina binti Baha, Dyg Nurehsan binti Ibrahim dan Dyg Era mardena anak Bantan.

Inforama

Dyg Era Mardena telah memenangi tempat ketiga di dalam Inforama bagi "Digital Telling"

Dyg Nurezzatunnadhirah bte Mohd Idaham telah memenangi di dalam pertandingan Inforama iaitu "Paint Competition"


Rabu, 11 Ogos 2010

Perlawanan Futsal Sekolah-Sekolah Daerah Temburong

Perlawanan Futsal bagi Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Temburong telah dilangsungkan pada 03.08.2010 bertempat di padang Jabatan Kokurikulum Pendidikan Daerah Temburong

Majlis Perpisahan

Majlis perpisahan Cikgu Hj Talib telah diadakan pada 03.08.2010.
Beliau telah dipindahkan ke SR Kenua Temburong