SRS

SRS

Selasa, 31 Ogos 2010

Program Peningkatan Pencapaian Sains (PPPS)

Pada 03hb Ogos 2010 bersamaan dengan 22hb Syaaban 1431
4 orang murid daripada sekolah ini telah mendapat tempat pertama dalam Program Peningkatan Pencapaian Sains (PPPS).
Di antara murid-murid yang menyertainya ialah Dyg Syela Saverna binti Jamil, Dyg Norqamarina binti Baha, Dyg Nurehsan binti Ibrahim dan Dyg Era mardena anak Bantan.

Inforama

Dyg Era Mardena telah memenangi tempat ketiga di dalam Inforama bagi "Digital Telling"

Dyg Nurezzatunnadhirah bte Mohd Idaham telah memenangi di dalam pertandingan Inforama iaitu "Paint Competition"


Rabu, 11 Ogos 2010

Perlawanan Futsal Sekolah-Sekolah Daerah Temburong

Perlawanan Futsal bagi Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Temburong telah dilangsungkan pada 03.08.2010 bertempat di padang Jabatan Kokurikulum Pendidikan Daerah Temburong

Majlis Perpisahan

Majlis perpisahan Cikgu Hj Talib telah diadakan pada 03.08.2010.
Beliau telah dipindahkan ke SR Kenua Temburong

Sabtu, 31 Julai 2010

Peradun Kuiz PSR

Penyampaian sijil penghargaan kepada Guru Besar Cikgu Rosli bin Haji Abdul Rahman selaku tuan rumah Peraduan Kuiz PSR daripada Ketua Kokurikulum Daerah Temburong Cikgu Tahir bin Samsu
Peraduan kuiz PSR telah berlangsung pada 24.07.2010M pada jam 8.00 pagi bertempat Dewan Sekolah Rendah Selangan Temburong. 10 buah sekolah telah menyertai peraduan ini dan setiap sekolah telah menghantar seramai 3 peserta daripada Tahun 6. Para peserta terlebih dahulu diberi taklimat daripada Cikgu Abdullah bin Haji Pungut mengenai peraturan peraduan ini dan mereka disusun tempat duduk mereka masing-masing secara sistematik. Peraduan ini berlangsung selama 1 jam dan kesemua kertas jawapan yang telah selesai dijawap disemak oleh guru-guru pengawas yang telah dilantik.

Jumaat, 23 Julai 2010

Majlis Ramah Mesra KDYMM

Keberangktan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bercemar ke Daerah Temburong pada 20hb. Julai 2010M yang ke 64-Tahun.

Wajah Guru Besar sekarang dan mantan Guru Besar nampak sangat ceria... :)

Wajah-wajah murid-murid yang setia dan taat serta ceria kepada KDYMM, walaupun mereka sanggup berpanas di bawah matahari yang terik.
Inilah wajah-wajah tenaga pengajar serta kakitangan semasa majlis ramah mesra yang setia menunggu dan taat dari jam 8.00 pagi sehinggalah tengahari.